Dedah askar rogol tahanan Palestin/Ketua peguam tentera Israel letak jawatan

Foto Utusan Malaysia

TEL AVIV: Ketua peguam tentera Israel meletakkan jawatan selepas mendedahkan bukti askar Zionis merogol tahanan Palestin.

Tomer-Yerushalmi mebocorkan rakaman berkenaan sebagai protes terhadap tekanan politik yang cuba menutup siasatan.sambil menyuarakan kebimbangan terhadap budaya tiada kebertanggungjawaban dalam tentera.

Rakaman video itu menunjukkan insiden rogol beramai-ramai terhadap seorang tahanan Palestin di kemudahan penahanan Sde Teiman pada Ogos tahun lalu.

Peletakan jawatan cetus perdebatan etika, dengan organisasi hak asasi manusia menuntut siasatan bebas dan perlindungan terhadap saksi serta pemberi maklumat.

Rakaman yang menunjukkan penderaan seksual terhadap tahanan lelaki Palestin oleh beberapa anggota tentera, tersebar kepada media pada pertengahan Ogos 2024, mencetuskan kemarahan awam dan tekanan politik daripada kumpulan pelampau kanan di Israel.

Dalam kenyataan peletakan jawatannya, Tomer-Yerushalmi menyatakan bahawa keputusan untuk membocorkan rakaman itu dibuat bagi menentang tekanan politik yang cuba menutup siasatan terhadap jenayah itu.

Peletakan jawatan ini berlaku di tengah-tengah perdebatan hangat mengenai etika dan ketelusan dalam sistem ketenteraan Israel, khususnya dalam menangani kes penderaan terhadap tahanan Palestin.

Menteri Pertahanan Israel sebelum ini memberi isyarat bahawa Tomer-Yerushalmi akan digugurkan susulan kebocoran itu.

Organisasi hak asasi manusia menyeru siasatan bebas dan telus terhadap insiden itu serta perlindungan terhadap saksi dan pemberi maklumat dalam sistem ketenteraan.