Dadah Dalam Bantuan AS-Israel untuk Gaza

Foto Hiasan/ AFP

Pihak berkuasa Gaza mahu siasatan antarabangsa dilakukan berikutan penemuan pil opioid jenis oxycodone dalam bungkusan tepung yang diagihkan oleh pusat bantuan yang dikendalikan oleh oraganisasi AS-Israel, Gaza Humanitarian Foundation.

Pil itu dipercayai dicampur dalam tepung menimbulkan kebimbangan serius terhadap kesihatan dan didakwa digunakan untuk melemahkan masyarakat.

Gaza Humanitarian Foundation dituduh sebagai perangkap maut dan dikecam kerana didakwa terbabit dalam penyeludupan bahan terlarang serta mengganggu bantuan kemanusiaan.

Menurut pejabat media kerajaan Gaza, sekurang-kurangnya empat penduduk melaporkan menemui pil itu dalam bungkusan bantuan makanan.