Cuaca buruk, rakyat Palestin kesejukan

Foto AFP

GAZA: Rakyat Palestin sengsara akibat hujan lebat dan suhu sejuk yang melanda Semenanjung Gaza; memburukkan lagi keadaan hidup ratusan ribu rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal.

Derita warga Palestin itu ditambah oleh Israel yang terus menyekat penghantaran bekalan perlindungan seperti khemah dan barangan asas ke wilayah yang dikepung itu.

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran bahawa ribut musim sejuk boleh membawa kesan buruk kepada hampir dua juta penduduk Gaza, yang kini berisiko tinggi dijangkiti penyakit dan mengalami hipotermia.

Kesan daripada serangan ketenteraan Israel selama dua tahun telah memusnahkan lebih 198,000 struktur di Gaza, menurut data PBB.