China Ikrar Bantu AS$100 Juta Bantu Palestin

Foto Reuters

ISTANBUL: China berikrar akan menyalurkan sumbangan AS$100 juta kepada untuk membantu meringankan krisis kemanusiaan di Semenanjug Gaza.

Agensi berita Anadolu Ajansi melaporkan, Presiden China, Xi Jinping menjanjikan bantuan itu ketika mengadakan perbincangan dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron, yang menamatkan lawatan negara tiga hari beliau ke China, kelmarin.

“China akan menyediakan AS$100 juta bantuan kepada Palestin bagi meredakan krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza serta menyokong pemulihan dan pembinaannya semula,” kata Xi pada mesyuarat di Beijing pada Khamis, menurut kenyataan Kementerian Luar China.

Xi berkata, dunia hari ini “jauh daripada aman” dengan pertikaian dan konflik politik antarabangsa yang rumit terus berlaku di pelbagai rantau.