
China melancarkan edisi pertama World Humanoid Robot Games, sebuah acara sukan bertaraf antarabangsa yang menyaksikan lebih 500 robot humanoid dari 16 negara bersaing dalam pelbagai acara seperti bola sepak, pingpong, dan olahraga.
Di Sukan Olimpik Robot Beijing itu, robot diuji dalam tugas praktikal seperti menyusun ubat, kendali bahan kilang dan pembersihan bilik hotel.
Dengan pelaburan besar dan sokongan kerajaan, acara ini simbolkan cita-cita China sebagai peneraju global dalam bidang robotik dan automasi.
Acara selama tiga hari ini berlangsung di National Speed Skating Oval, Beijing iaitu lokasi yang pernah menjadi gelanggang Olimpik Musim Sejuk 2022.
Sebanyak 280 pasukan dari universiti dan syarikat swasta mengambil bahagian, termasuk dari Amerika Syarikat, Jerman, Brazil, Jepun dan Australia.