
BAREILLY: Hanya kerana sering membunuh anak-anak ayam, seorang kanak-kanak lapan tahun dibunuh oleh penternak ayam berusia 40 tahun dan anak lelakinya berusia 18 tahun.
Mereka ditahan kerana disyaki membunuh seorang kanak-kanak di kawasan Ujhani, daerah Budaun.
Kanak-kanak lelaki itu dilaporkan hilang pada Ahad lalu sebelum mayatnya yang telah mereput ditemui di sebuah kawasan tanah kosong berhampiran rumahnya pada Sabtu.
Ketua Pondok Polis Ujhani, Jugvendra Baliyan berkata, Mohd Zakir dan anaknya, Mohd Arbaaz, tinggal di kawasan kejiranan yang sama dengan mangsa, Subhan, dan mereka mengusahakan sebuah ladang ayam berskala kecil di rumah mereka.
Ujarnya, Zakir memaklumkan bahawa Subhan sering membunuh anak-anak ayam mereka sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati.
Walaupun telah diberi amaran berulang kali, kanak-kanak itu didakwa terus berkelakuan demikian.
Suspek mengaku bahawa mereka membunuh kanak-kanak itu di rumah mereka dan menanamnya buat seketika sebelum membuang mayatnya di sebuah kawasan lapang kira-kira 400-meter dari rumahnya.