Britain dijangka iktiraf negara Palestin hari ini

Foto Reuters

LONDON: Britain dijangka melakukan perubahan drastik dan bersejarah dalam dasar luar negara itu apabila Perdana Menterinya, Keir Starmer dikatakan akan mengiktiraf secara rasmi mengiktiraf negara Palestin hari ini.

Ini adalah satu perubahan dasar luar bersejarah yang ditentang keras oleh sekutunya, Israel sejak sekian lama. United Kingdom secara tradisinya adalah penyokong kuat, namun mengubah pendirian susulan serangan besar-besaran Israel ke atas Gaza.

Pengumuman itu dijangka dibuat menjelang Perhimpunan Agung PBB, yang dikatakan kira-kira 10 negara lain termasuk Perancis, akan mengiktiraf negara Palestin.

Wilayah kecil Palestin mengalami kemusnahan besar, angka kematian yang tinggi dan kekurangan makanan, mengakibatkan krisis kemanusiaan yang serius.

Julai lalu, Keir Starmer, menyatakan ritain akan mengiktiraf negara Palestin secara rasmi sekiranya Israel gagal mengambil langkah bersungguh-sungguh ke arah gencatan senjata dengan Hamas sebelum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bersidang pada bulan ini.

Pengumuman pengiktirafan itu dilaporkan oleh beberapa media Britain termasuk BBC dan Press Association.

Seperrti diduga, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menuduh Starmer dan tunduk kepada ideologi ‘jihadis’.