Bimbang diseleweng ke Kemboja, Thai sekat minyak ke Laos

Foto Reuters

BANGKOK/PHNOM PENH: Thailand menyekat penghantaran bahan api melalui pintu masuk di sempadan Laos semalam kerana bimbang ia diseleweng ke Kemboja.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Thailand, Laksamana Muda Surasant Kongsiri, berkata sekatan dikenakan ke atas pergerakan semua bekalan bahan api melalui pintu masuk sempadan Chong Mek ke Laos, selepas menerima maklumat risikan mengenai bekalan itu disalurkan kepada tentera Kemboja.

Beliau berkata, pertempuran sedang berterusan, sekurang-kurangnya di sembilan lokasi sepanjang sempadan di empat wilayah sempadan, termasuk di kawasan pesisir.

“Kami bukan berhasrat untuk menjejaskan rakyat atau Kerajaan Laos,” katanya.