
DUBAI: Dunia perlu bersedia menghadapi kemungkinan harga minyak mencecah sehingga AS$200 (RM920) setong kata komando tentera Iran.
Jurucakapnya, Ebrahim Zolfaqari dalam kenyataan yang ditujukan kepada Amerika Syarikat berkata harga minyak dunia bergantung kepada keselamatan serantau yang menurutnya sudah digugat kestabilannya oleh Trump.
“Bersedialah untuk harga minyak mencecah AS$200 setong,” katanya.
Iran melancarkan serangan ke atas Israel dan beberapa sasaran di seluruh Asia Barat, hari ini.