Beli Minyak Russia, Trump Kenakan India Tarif 50%

Foto Reuters

WASHINGTON: Kadar tarif Amerika Syarikat sebanyak 50 peratus berkuat kuasa hari ini ke atas kebanyakan produk India, menggandakan duti sedia ada ketika Presiden Donald Trump bertindak menghukum New Delhi kerana membeli minyak dari Russia.

Trump telah meningkatkan tekanan terhadap India berhubung transaksi tenaga tersebut, yang merupakan sumber pendapatan utama bagi usaha perang Moscow di Ukraine, sebagai sebahagian daripada kempen untuk menamatkan konflik itu.

Langkah terbaharu ini menjejaskan hubungan Amerika-India, sekali gus memberi insentif baru kepada New Delhi untuk memperbaiki hubungan dengan Beijing.

Walaupun Trump mengenakan duti baru ke atas sekutu dan pesaing sejak kembali ke jawatan presiden pada Januari, kadar 50 peratus ini adalah antara yang tertinggi dikenakan terhadap rakan dagang Amerika.