
GAZA: Bakul makanan dan susu bayi adalah antara bantuan kemanusiaan baru yang dihantar oleh kerajaan Arab Saudi untuk menyokong rakyat Palestin.
Bantuan itu, yang tiba di Semenanjung Gaza semalam, disalurkan melalui Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief) bagi memenuhi keperluan asas kanak-kanak dan keluarga yang terjejas akibat krisis kemanusiaan yang semakin meruncing.
Ia juga bertujuan membantu meningkatkan keselamatan makanan di tengah-tengah ancaman kebuluran yang semakin merebak di wilayah berkenaan.
Pusat Kebudayaan dan Warisan Saudi, iaitu rakan pelaksana KSrelief di Gaza, menerima konvoi berkenaan bagi membuat persiapan untuk pengagihan segera bantuan kepada keluarga penerima di pelbagai kawasan.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada kempen bantuan yang dilancarkan bagi membantu rakyat Palestin di Gaza, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Arab Saudi untuk mengurangkan penderitaan mereka dan menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada yang terjejas.