Bagai Mati Hidup Semula: Warga Gaza

Foto AFP

KHAN YOUNIS: Warga Palestin di selatan Gaza yang meraikan perjanjian gencatan senjata untuk menamatkan perang selama dua tahun di wilayah itu menganggapnya bagai dilahirkan semula.

Laungan “Allahu Akbar” dan ucapan syukur berema di luar Hospital Nasser, Khan Younis

“Syukur kepada Allah atas gencatan senjata ini, syukur kerana berakhirnya pertumpahan darah dan pembunuhan.

“Bukan saya seorang saja yang gembira. Seluruh Semenanjung Gaza gembira, seluruh dunia Arab turut gembira dengan gencatan ini. Terima kasih dan kasih sayang kepada semua yang berdiri bersama kami dan membantu menghentikan pertumpahan darah. Kasih dari Gaza untuk anda semua ,” kata Abdelmajid Abedrabbo, penduduk Gaza selatan.

Israel dan Hamas, semalam bersetuju untuk menandatangani perjanjian gencatan senjata Gaza yang dijangka akan membebaskan baki tebusan yang masih hidup dalam tempoh beberapa hari ini.

Ia menjadi satu langkah penting ke arah menamatkan perang yang sudah meragut puluhan ribu nyawa dan mencetuskan krisis kemanusiaan besar-besaran.