AS$10 juta untuk maklumat pemimpin tertinggi baru Iran

Foto Reuters

WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat semalam menawarkan ganjaran AS$10 juta (RM47 juta) untuk mereka yang boleh memperincikan maklumat mengenai pemimpin tertinggi baru Iran, Mojtaba Khamenei serta beberapa pegawai kanan lain.

Menteri Dalam Negeri Iran, Eskandar Momeni; dan Menteri Perisikan serta Keselamatan Iran, Esmail Khatib juga menjadi antara 10 individu yang disenaraikan oleh Jabatan Negara.

“Individu ini memimpin dan mengarahkan pelbagai elemen dalam Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) yang merancang, menyelaras dan melaksanakan kegiatan keganasan di seluruh dunia,” menurut kenyataan Jabatan Negara.

Agensi itu turut menggesa pemberi maklumat menyalurkan maklumat melalui Tor atau Signal malah menyatakan ‘maklumat anda boleh melayakkan anda dipindahkan ke lokasi lain (dilindungi) serta menerima ganjaran’.

Program ‘Rewards for Justice’ yang dikendalikan Jabatan Negara menawarkan ganjaran wang tunai bagi maklumat risikan yang membawa kepada penangkapan atau pendakwaan individu yang dikehendaki.

Bapa kepada Mojtaba, Ali Khamenei, terbunuh dalam satu pengeboman pada 28 Februari lalu ketika bermulanya perang antara Amerika-Israel dengan Iran.