AS dakwa selamatkan juruterbang jet F-15 ditembak Iran

Foto AFP

WASHINGTON: Juruterbang yang terperangkap di kawasan musuh selepas Iran menembak jatuh jet pejuang F-15 miliknya berjaya diselamatkan dakwa kenyataan rasmi Rumah Putih, hari ini.

Kejayaan operasi itu menamatkan krisis besar yang menyelubungi pentadbiran Presiden Donald Trump ketika peperangan terhadap Tehran kini memasuki minggu keenam.

“Sepanjang beberapa jam yang lalu, tentera Amerika Syarikat melaksanakan satu operasi mencari dan menyelamat (SAR) paling berani dalam sejarah negara,” menurut kenyataan Trump yang dimuat naik oleh Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karoline Leavitt di platform X.

Trump turut mengesahkan bahawa juruterbang jet pejuang berkenaan mengalami kecederaan, namun berada dalam keadaan stabil.