
Amerika Syarikat mengenakan tarif lebih tinggi sebanyak 25 peratus ke atas semua produk Malaysia berkuatkuasa 1 Ogos tahun ini.
Angka itu adalah satu peratus lebih tinggi berbanding tarif yang diumumkan April lalu.
Dalam surat yang dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dimuat naik di akaun Truth Social Isnin, Presiden Donald Trump berkata angka 25 peratus itu adalah jauh lebih rendah daripada perkara yang diperlukan untuk menghapuskan ketidakseimbangan defisit perdagangan yang Amerika alami dengan Malaysia.
Surat itu, bagaimanapun tidak menyatakan tiada tarif akan dikenakan sekiranya Malaysia atau syarikat Malaysia memutuskan untuk membangun atau menghasilkan produk di Amerika.