
KUALA LUMPUR: Malaysia menghargai langkah Itali dan Sepanyol menghantar kapal perang tentera laut untuk melindungi konvoi Global Sumud Flotila yang sedang menuju ke Semenanjung Gaza, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim
Dalam hantaran melalui X, Perdana Menteri turut memberikan kata-kata semangat kepada peserta GSF yang semakin menghampiri destinasi mereka.
“Semoga kekuatan dan kecekalan bersama kalian. Dunia mendukung terus!” katanya.
Pelayaran GSF merentasi Laut Mediterranean membawa bekalan makanan, ubat-ubatan serta mesej keamanan yang menggesa agar peperangan dan krisis kebuluran dihentikan, selain menuntut pembukaan akses koridor kemanusiaan ke Gaza.
Sementara itu, beberapa bot yang menyertai misi itu terpaksa menarik diri pada Khamis, menyebabkan rombakan besar perlu dilakukan.
Pengarah Media Muslim Care Malaysia, Tuan Asri Tuan Hussein yang bersama misi itu berkata flotila sudah tiba tiba di selata perairan Greece, mambabitkan 30 bot.