Anak Tommy Thomas cabar PM Australia

Foto Skynews Australia

Anak mantan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, Hannah Thomas, akan mencabar Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese dalam pilihanraya negara itu pada 3 Mei.

Bertanding atas tiket Greens di Grayndler, Hannah yang asalnya dari Malaysia berpindah ke Australia selepas tamat belajar di sana pada 2009.

“Ia sesuatu yang di luar lanar namun ia adalah mengujakan,” kata calon termuda di Graydler itu yang galak menyokong perjuangan Palestin.

“Menonton genosida di Gaza secara langsung adalah sesuatu yang menyakitkan. Tidak ramai yang mempunyai kuasa untuk mencegah kekejaman Israel dan wakil kita adalah salah seorang daripada mereka. Namun dia tidak mengambil sebarang tindakan dan harus bertanggungjawab,” katanya.

Hannah juga mempersoalkan krisis perumahan Australia dan kos rasa hidup pendatang yang disifatkannya sebagai unsur pecah-belah dan kejam.