Amerika Syarikat, Iran bincang pelan damai redakan konflik Asia Barat

Foto Hiasan

WASHINGTON: Pelan damai yang boleh meredakan ketegangan di Asia Barat dilaporkan sedang diperhalusi oleh Amerika Syarikat dan Iran.

Reuters memetik sumber bahawa rundingan di belakang tabir itu membabitkan siri cadangan bagi menamatkan konflik serantau yang kian memuncak.

Perkembangan itu berlaku ketika pentadbiran Trump meningkatkan tekanan terhadap Teheran untuk kembali ke meja rundingan atau berdepan kesan ekonomi dan ketenteraan yang lebih parah.

Amaran Trump sebelum ini yang memberi bayangan mengenai tindak balas keras sekiranya kepentingan Amerika digugat, mencetuskan kebimbangan global terhadap kemungkinan tercetusnya konflik berskala besar.

Bagaimanapun, isyarat terbaru daripada kedua-dua pihak menunjukkan ada ruang untuk diplomasi bagi mengelakkan pertembungan langsung.

Pihak berkuasa Iran dalam maklum balasnya menyatakan kesediaan untuk berbincang, namun menegaskan sebarang perjanjian mestilah menghormati kedaulatan negara itu serta menarik balik sekatan ekonomi yang melumpuhkan.