Air India Terhempas, Semua 242 Maut

Semua 242 penumpang dan anak kapal pesawat Air India yang terhempas sejurus berlepas dari bandar Ahmedabad, India menuju London disahkan terkorban, lapor Indian Express yang memetik sumber polis.

Nahas tragis itu disifatkan sebagai antara bencana penerbangan paling buruk dalam sejarah India.Sementara itu, Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai mengesahkan tiada rakyat Malaysia berada dalam pesawat penerbangan AI171 itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita mendalam susulan tragedi itu.

“Doa dan ingatan kami sentiasa bersama mangsa serta semua yang sedang meratapi kehilangan ini,” katanya.