Aceh Tamiang Bagai Bandar Hantu

Foto Al Jazeera

ACEH: Bagaikan ‘bandar hantu’. Itulah keadaan di bandar Aceh Tamiang di Aceh Timur, pada waktu malam.

Tinjauan Channel10 di bandar berkenaan malam tadi mendapati penduduk terpaksa berteduh dalam khemah dan puing-puing rumah yag separuh hancur. Bekalan air bersih kini bagaikan emas yang diburu oleh mangsa.

Bekalan elektrik masih belum dipulihkan dan hanya disalurkan ke lokasi penting seperti balai polis, bomba dan hospital.

Penduduk terpaksa mengumpul kayu dan dahan-dahan pokok untuk menyalakan unggun api manakala sebahagian lagi menggunakan lilin di khemah penempatan sementara.

Ada juga yang menggunakan generator untuk menjana elektrik bagi menerangi kedai dan rumah mereka.

Namun, kehidupan perlu diteruskan. Channel10 mendapati keadaan tidak banyak berubah berbanding ketika bencana melanda pada 26 November lalu.

Doakan semoga Aceh cepat bangkit.