
ACEH: Setelah hampir tiga bulan sejak banjir bandang dan tanah runtuh melanda Wilayah Aceh pada 16 November lalu, kehidupan kebanyakan mangsanya masih jauh daripada keadaan asal sebelum bencana alam itu melanda dulu.
Masih ramai penduduk yang berteduh di khemah dan pusat penempatan sementara tanpa kemudahan asas yang mencukupi, sambil mengharapkan bantuan daripada penyumbang dari dalam dan luar negara.
Menyedari kesulitan itu, MyCare bersama rakan strategiknya, Econsave Cash and Carry Sdn Bhd, melancarkan Misi Bantuan Kemanusiaan Aceh 2.0 di Desa Geudumbak, Kecamatan Langkahan, Aceh Utara, bermula hari ini.
Pengurus Besar Econsave, Mas Imran Adam berkata, sasaran misi bantuan kali ini ialh untuk menyalurkan bantuan kepada keluarga mangsa bencana itu sebagai persediaan menghadapi bulan Ramadan yang akan bermula beberapa hari lagi.
Menurutnya, MyCare dan Econsave memperuntukan rm50,000 untuk diagihkan kepada mangsa banjir termasuk bantuan barangan keperluan harian, makanan panas dan penyerahan Rumah Sejuk, iaitu kediaman sementara kepada keluarga terbabit.
Katanya, misi bantuan kali ini digerakkan memandangkan kebanyakan mangsa banjir dan tanah runtuh masih tinggal di khemah dan pusat penempatan sementara dan sangat mengharapkan sumbangan daripada orang ramai bagi meneruskan kehidupan memandangkan mereka berupaya mencari rezeki untuk membiayai kehidupan seperti sebelum ditimpa bencana alam ini.