463 Batu Nautika Lagi ke Gaza

Foto Fail / Reuters

ISTANBUL: Rombongan Sumud Flotila kini berada hanya 463 batu nautika dari wilaya yang dikepung Israel, lapor agensi berita Anadolu Ajansi (AA).

Memetik kenyataan penganjur, AA melaporkan kapal-kapal Sumud Flotila sudah menyambung pelayaran selepas berhenti untuk menyelesaikan masalah mekanikal.

Kapal-kapal itu dijangka sampai di Gaza dalam tempoh empat hingga tujuh hari.

“Dalam masa dua hari, flotila akan memasuki zon berisiko tinggi dan solidariti global amat diperlukan,” menurut kenyataan penganjur.

Difahamkan, satu lagi flotila 10 kapal awam sudah bergerak dari pelabuhan San Giovanni Li Cuti di Catania, Sicily membawa 70 aktivis dari lebih 20 negara.

Israel menutup sepenuhnya lintasan ke Gaza pada 2 Mac untuk menyekat konvoi makanan dan bantuan.

Negara Yahudi itu mempunyai rekod memintas kapal-kapal menuju Gaza, merampas kapala dan mengusir aktivis.