
Lebih 3 juta kanak-kanak dan remaja daripada 43.85 juta penduduk Afghanistan adalah anak aytim atau yatim piatu akibat konflik bersenjata dan pencerobohan kuasa besar, khususnya Amerika Syarikat, lapor wakil Channel10 Othman Mamat.
Othman, yang mengikuti rombongan misi kemanusiaan MyCARE-Econsave Afghanistan 2025 mendapati mereka yang yatim atau yatim piatu itu rata-rata berumur di bawah 15 tahun.
Lawatan itu adalah sebahagian daripada aturcara misi kemanusiaan yang membabitkan beberapa wilayah Afghanistan sehingga 24 Julai ini.
Penasihat Humanitarian Care Malaysia Johor, Dr Mohd Zin Kandar dan Pengurus Besar Econsave Johor,Mas Imran Adam berharap rakyat Malaysia akan terus menghulurkan sumbangan bagi memulihkan kehidupan rakyat negara itu.