
AL MUSANAA (Oman): Dua puluh ekor unta digugurkan daripada Pertandingan Kecantikan Unta 2026 di Al Musanaa, selepas didapati menggunakan botox, filler, silikon, dan suntikan hormon bagi meningkatkan penampilan haiwan berkenaan, kata penganjur pertandingan, baru-baru ini.
Pertandingan itu menekankan kecantikan semula jadi dan warisan budaya Badwi di mana setiap unta dinilai berdasarkan bulu, leher, kepala, dan bonggol. Peserta yang gagal mematuhi peraturan dianggap tidak layak.
Beberapa teknik kosmetik yang dikesan termasuk suntikan asid hyaluronik untuk bibir, penggunaan botox bagi menegakkan ekspresi wajah, silikon atau lilin untuk menambah bonggol, serta hormon untuk membentuk otot.
Pihak penganjur, Kelab Unta Oman dan Persekutuan Lumba Unta Oman, menyatakan pertandingan itu menekankan kecantikan semula jadi dan warisan budaya Badwi, di mana setiap unta dinilai berdasarkan bulu, leher, kepala, dan bonggol. Peserta yang gagal mematuhi peraturan dianggap tidak layak.
Beberapa teknik kosmetik yang dikesan termasuk suntikan asid hyaluronik untuk bibir, penggunaan botox bagi menegakkan ekspresi wajah, silikon atau lilin untuk menambah bonggol, serta hormon untuk membentuk otot.
Pakar veterinar menjelaskan, suntikan dan hormon boleh menyebabkan sakit, jangkitan, lebam, parut, gangguan penghadaman, dan ketidakseimbangan fizikal pada unta, selain mengganggu tingkah laku semula jadi mereka.