
Dua puluh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa kerajaan menggunakan hak kedaulatannya menolak individu pro-Israel, Nick Adams yang dicalonkan sebagai Duta Besar Amerika Syarikat (AS) baru ke Malaysia.
NGO terbabit dalam satu kenyataan bersama semalam menyuarakan kebimbangan mereka itu susulan laporan bahawa penulis buku terkenal itu sedang dipertimbangkan untuk dilantik ke jawatan berkenaan.
“Memandangkan kenyataan awam beliau (Adams) yang kontroversial serta retorik yang bersifat memecah-belahkan, kami dengan penuh hormat menggesa kerajaan Malaysia untuk menolak akreditasi beliau sekiranya pencalonan itu dikemukakan secara rasmi.
“Adams mempunyai rekod membuat kenyataan bersifat provokatif yang tidak selari dengan nilai-nilai Malaysia termasuk kesederhanaan, keharmonian pelbagai budaya dan kesopanan dalam diplomasi,” menurut kenyataan itu.
.