
HONG KONG: berkabung tiga hari bermula semalam selepas kebakaran di sebuah kompleks kediaman mengorbankan sekurang-kurangnya 128 orang, menjadikannya antara tragedi paling buruk dalam sejarah bandar itu.
Ribuan penduduk hadir di sebuah taman kecil berhampiran Wang Fuk Court, kompleks perumahan di Tai Po yang terbakar lebih 40 jam.
Mereka membawa bunga putih dan kuning, meletakkan nota serta gambar sebagai penghormatan kepada mangsa.
Menjelang malam, kawasan itu dipenuhi orang ramai berpakaian gelap.