
SYDNEY:Perdana Menteri New South Wales (NSW), Chris Minns, mengumumkan sekurang-kurangnya 12 orang dilaporkan maut, termasuk seorang penyerang selepas insiden tembakan di Pantai Bondi, Sydney, semalam.
Beliau berkata sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dalam kejadian tembakan pada acara Hanukah Yahudi di Pantai Bondi, termasuk seorang yang dipercayai sebagai penembak.
“Ini adalah malam yang dahsyat untuk Sydney.
“Pengganas mahu rakyat Australia berpecah-belah dan bergaduh antara satu sama lain dan kita tidak boleh membiarkannya berlaku,” katanya.
Menurut polis, penembak kedua berada dalam keadaan kritikal dan pihak berkuasa sedang menyiasat kemungkinan wujud penyerang ketiga.
Polis turut mengesahkan seramai 29 orang dikejarkan ke hospital, termasuk dua anggota polis yang berada dalam keadaan serius dan kritikal.